Sunday, February 21, 2016

NOVEL PANTAI KASIH KOMSAS TINGKATAN 4

SINOPSIS 

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas   menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya,   dia   akhirnya   menerima   pelawaan    mentornya,   Doktor   Uwang   agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
        Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut,   fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka  masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi
mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.   Anehnya,
yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa.   Kian terganggu
Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit.  Dari mata kasar, memang
tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada
X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha  tambah  tertekan.
        Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan   dia   pada   kisah   silamnya   yang   amat   mengerikan   dan   menyayat   hati.  
Bagaimanapun,   oleh   semangatnya   yang   kuat,   dia   teruskan   juga   perjuangan   dalam   bidang
perubatan.
      Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,  ternyata
mentornya   itu   agak   tidak   senang.   Padahal   sebelum   itu,   Doktor   Uwang   adalah   guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan.   Ketika itu,  dia menjadi  siswi tahun  pertama   dalam   spesifikasi  ortopedik,  di
institusi tinggi  tempatan   dahulu.   Selang beberapa tahun kemudian,  apabila   dia  memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan,   pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang
dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya.  Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin
tidak menyedari pun akan kewujudannya.   Biar apa pun, ketika itu,   selain daripada sebagai
mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
       Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang  dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-
kali,  pandangannya terhadap doktor itu mula berubah.  Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya.
Dan peristiwa  aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan
yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya,  sebagai seorang doktor yang profesional,  Raiha tentang menjalankan
operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu
sendiri.  Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.


TEMA

Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.

· Tabah menghadapi kematian anak peremuannya
o Raiha   tabah   menghadapi   kematian   anak   perempuannya.   Anak   perempuan
tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down
sinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya
meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan
anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta
agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti
Rohayu   atau   Ayu   itu,   namun   Raiha   bertegas   untuk   memelihara   sendiri   dan
menghabiskan   masa   dengan   anaknya   itu   menyebabkan   Doktor   Sadiz   berada
kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha
menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa
oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di
tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak
itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang
tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya
itu.


PERSOALAN

· Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat.  Sikap lebih
mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan
rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di
sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak menggangu rutin dan
statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang
tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.

· Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga.
Sikap   Doktor   Uwang   yang   masih   berfoya-foya   walaupun   sudah   berumah   tangga
menggambarkan bahawa dia seorang yang suka  bebas dan  tidak mahu  dikongkong.
Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan
minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun
sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorang
yang pemilih.

· Persoalan   tentang   tanggungjawab   yang   harus   dipikul.Raiha   bersetuju   untuk
melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglah
yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi
tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat
kemalangan   merempuh   tempoh   Pusat   Rawatan   Pantai   Kasih.   Dia   terpanggil   untuk
melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.
· Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan. Felecia mengaku kesalahannya
Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak Unong yang
menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu
dihadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang
meragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya kerana
takut.
· Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan. Walaupun Raiha sudah mengetahui
punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang
membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda
dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan
dan   mereka   adalah   mangsa   keadaan.   Dia   tidak   menyalah   sesiapa   termasuk   Felicia
sebaliknya  reda menerima berita tersebut.


WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Raiha
· Seorang doktor  di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama
6 bulan
· Doktor pakar bedah
· Anak kepada doktor pakar bedah
· Pernah  berkahwin   dengan   Doktor  Sadiz   selama   10  tahun.  Beliau  merupakah   Pakar
Perunding Pembedahan.
· Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
· Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian
· Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan  diri
sendiri.
· Sentiasa   terkenang   peristiwa   malang   yang   mengikabatkan   kematian   anak
kesayangannya.
· Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.
· Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa
· Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang
mereka berasal daripada Nunuk Ragang.


Watak Sampingan

Doktor Uwang
· Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
· Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang  surgery
· Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur
· Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
· Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
· Berwajah kacak dan segak
· Berusia pertengahan empat puluhan
· Bertubuh sederhana
· Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
· Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.
· Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh

Unong Siron
· Bekas Pesakit Doktor Uwang
· Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untuk
bertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
· Kurus cengkung dan pucat
· Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
· Mempunyai masa depan yang cerah
· Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
· Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar Negara


Doktor Sadiz
· Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
· Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
· Pakar Perunding Pembedahan
· Pakar Bedah Otak
· Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
· Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari
Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
· Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana isterinya
Raiha   membawa   lari   anak   perempuan   dan   kereta   mewahnya,   tanpa   disedari   anak
perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak petrol dan
rentung.
· Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah diketahui
kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.


Ayah Raiha
· Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan
· Seorang yang optimistic
· Seorang   yang   tegas   terhadap   anak-anaknya   termasuk   keputusan   Raiha   mengahwini
Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya.
· Sudah meninggal dunia
· Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
· Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
· Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai,
tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
· Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.

Sister Felicia Landosi
· Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
· Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor
Sadiz
· Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
· Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan.
Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang marak
akibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
· Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan
berkhidmat di hospital yang sama.
· Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan teradap ibu Unong
Siron   yang   menuduhnya   sebagai   punca   anaknya   terus-terusan   membuat   rawatan
walaupun sudah lima kali menjalani pembedahan

Sister Felicia Landosi
· Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
· Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor
Sadiz
· Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
· Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan.
Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang marak
akibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
· Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan
berkhidmat di hospital yang sama.
· Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan teradap ibu Unong
Siron   yang   menuduhnya   sebagai   punca   anaknya   terus-terusan   membuat   rawatan
walaupun sudah lima kali menjalani pembedahan.



LATAR

Latar Tempat

1. Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang
o Tempat Rahia bertugas sebagai pakar  bedah.
o Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selama
enam kali pembedahan
o Tempat   Doktor   Uwang   mengalami   kekejangan   otot   kaki   dan   kemalangan
sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
o Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau menengah
bawah mendapatkan rawatan.
o Tempat   Sister   Felicia   bekerja   dan   ditahan   oleh   penceroboh   yang   menyamar
sebagai doktor.


1. Apartment Raiha
o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan
hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
o Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan
Pantai Kasih
o Tempat   Raiha   memendam   rasa   dan   menyendiri   serta   merasai   kesukaran
menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.

1. Rumah Tumpangan
o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar
dari rumah agam milik Doktor Sadiz
o Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentung
akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuan
mereka berada di situ pada waktu itu.

1. Rumah Doktor Uwang
o Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya
o Tempat   berlangsungnya   sambutan   ketibaan   tahun   baru,   sehingga   memaksa
Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.
o Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.

o Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwa
kematian anak perempuan mereka akibat rentung.

1. Wad Super VVIP
o Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang
o Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin
o Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.

1. Daerah Inanam
o Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah
o Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini




1. Hospital Kinabalu
o Tempat Raiha baharu bertugas di situ.
o Sempat bertugas beberapa tahun di situ
o Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat




1. Malam Hari
o Kemalangan Doktor Uwang
§ Doktor   Uwang   menerima   panggilan   paslu   yang   menyatakan   bahawa
berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
§ Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan
pergelangan   tangannya   juga   kebas   menyebabkan   dia   terbabas   dan
melanggar tembok di pusat rawatan tersebut.
§ Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan
ke   atas   Doktor   Uwang   menggunakan   kelengkapan   hospital   milik
keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat pembedahan terhadap
pesakit gologan menengah dan sederhana.

· Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahan
Sister Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.
o Lelaki   tersebut   akhirnya   telah   dapat   dikawal   apabila   emak   Unong   Siron
membantu   secara   psikologi   yang   menyatakan   bahawa   anaknya   Unong
memerlukan   bantuannya   sebagai   doktor.   Walau   bagaimanapun   Unong   sudah
dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital tersebut. Degan helah
tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.

· Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz
o Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas dia
disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.
o Pada   malam   tersebut   Doktor   Sadiz   dihantar   pulang   oleh   Doktor   Uwang   ke
rumahnya dan turut ditemani oleh Sister  Felicia, namun setibanya di rumah
didapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan
rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak
petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah dengan tindakan
Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ pada waktu itu dan
disambar   api   yang   sedang   marah   membakar   kereta   mewahnya   itu   sehingga
meragut nyata anak perempuannnya itu.

· Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilan
kecemasan.   Walau   bagaimanapun   sebenarnya   itu   hanyalah   panggilan   palsu.
Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang  baharu
sahaja dibedah buat kali keenam dan melihat keadaannya pada waktu.
o Pada   waktu   yang   sama   juga,   Doktor   Uwang   terlibat   kemalangan   sehingga
menyebabkan   Raiha   membuat   keputusan   untuk   melakukan   pembedahan   ke
atasnya.

1. Waktu Senja
o Pembedahan keenam
§ Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung
pada waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan oleh Raiha
selepas diminta oleh  Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya,   namun   dia   mengambil   alih   pembedahan   tersebut   dengan
penuh   tanggungjawab   dan   mengharapkan   agar   pembedahan   tersebut
adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.

Latar Masyarakat

1. Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan
o Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil
alih   Pusat   Rawatan   Pantai   Kasih   daripada   ayahnya   Datu  Untong.   Dia  tidak
menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannya
itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan harga
yang dirasakan munasabah untuknya.

1. Latar masyarakat yang takut berterus terang
o Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan
yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felcia
tahu   bahawa  Doktor   Sadiz  yang   menyiram   minyak   petrol   ke   kereta   mewah
Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha.

1. Latar masyarakat yang ego
o Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Daktor
Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut
sedangkan   kemalangan   tersebut   adalah   disebabkan   sifat   marahnya   yang
membakar   kereta   mewah   miliknya   sendiri   dengan   menyiram   minyak   petrol
sehingga   menyebabkan   anak   perempuan   mereka   yang   kebetulan   ada   disitu
disambar api tersebut.

1. Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi
o Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar
sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan
tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan
matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu   menjadi pakar pembedahan yang
ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

1. Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan
o Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun
anakanya   itu   terpaksa   menjalani   pembedahan   sebanyak   lima   kali   sedangkan
mereka adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.

1. Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas
o Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil
pergaulan bebas sewaktu mudanya.
o Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upaya
sehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama.

1. Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya
o Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula
apabila   ayahnya   Datu   Untong   menyerahkan   Pusat   Rawatan   Pantai   Kasih
kepadanya.
o Beberapa  perubahan  sudah dilakukan oleh  Doktor  Uwang sehinggakan  Pusat
Rawatan   Pantai   Kasih   dahulunya   terdiri   daripada   tiga   orang   doktor   tetapi
sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang
terlatih.


GAYA BAHASA

1. Peribahasa
o Similie
§ Berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan silam,

1. Penggunaan Diksi
o Kata-kata istilah sains perubatan § Kata   istilah   sains   perubatan   banyak   digunakan   oleh   penulis.   Penulis
menggunakan ilmu bantu bagi memberikan gambaran yang jelas tentang
bidang perubatan.  Antaranya
§ X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP, diagnostic,
roentgen,  CT-Scanning,   ultra   sonotopografi   (SUG),  mamografi,
angiografi, hemodialisis

· Perkataan masyarakat setempat
o Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak mempengaruhi  penulis
menggunakan istilah daerah atau tempatan. Antaranya
§ Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol



NILAI

1. Nilai Kerajinan
o Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di
kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya
belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.
o Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada
mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan
sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk
membuat demonstrasi.

2. Nilai Ketekunan
Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajar
sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-
citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah,
namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan dia
seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

3. Nilai Keberanian
o Raiha   berani   mempertahankan   bahawa   kesalahan   atas   kematian   anak
perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi
oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama
baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri kerana
mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul
untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.

4. Nilai Bertanggungjawab
o Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron
sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana
Raiha   berpendapat   tidak   sewajarnya   gadis   remaja   itu   menghabiskan   masa
menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnya
gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit
yang sama sehingga lima kali.

5. Nilai Keprihatinan
o Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan
sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan
pembedahan   tersebut   adalah   doktor   pakar   yang   bukan   calang-calang.   Rasa
prihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan keenam pada senja tadi
merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah penderitaan dan kesakitan
yang dialami oleh Unong selama ini.

6. Nilai Ketabahan
o Raiha   tabah   menghadapi   bangkangan   ayahnya   terhadap   cita-citanya   hendak
menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk
menjadi   pakar   bedah   sepertinya   kerana   beranggapan   bahawa   tugas   sebagai
seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan
dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh
Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah
yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan
akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan
untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih


PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.
o Untuk  Berjaya  seseorang   mesti  ada   matlamat   hidup.   Raiha   Berjaya   menjadi
seorang   pakar   bedah   setelah   belajar   bersungguh-sungguh   dalam   pelajaran.
Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan
matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.

2. Kita hendaklah menghormati hak orang lain
o Setiap orang  mempunyai hak.  Hak orang lain perlu  dihormati. Unong Siron
berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai
Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya
itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai
Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.

3. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan
o Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawab
sepenuhnya   terhadap   apa-apa   tindakan   yang   diambil.   Doktor   Sadiz   tidak
bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuannya. Dia
merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha atas peristiwa
hitam itu.


4. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.
o Kesukaran   yang   dihadapi   oleh   golongan   pertengahan   terutama   melunaskan
bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orang
mampu   untuk   membayar   sejumlah   wang   apatah   lagi   telah   dijanjikan   untuk
menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk
membelanjaan wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan
sihat seperti anak orang lain.

5. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
o Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun
belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga.
Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar
dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga.

6. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.
o Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh
ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia
menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi oleh
Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang dikandungnya
sering   menjadi   bahan   melampias   kemarahan   Doktor   Sadiz.   Kematian   anak
perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha,
namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan
tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz








SELOKA BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU & GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP

PUISI TRADISIONAL TINGKATAN 5 TAHUN 2016
(SUMBANGAN BPK)



SELOKA BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

MAKSUD

Rangkap 1
Raja memerintah empatorang pembesar dan pawang raja membina istana yang tersergam indah.  Seramai 44 orang tukang yang mahir dipaksa bekerja tanpa henti siang dan malam.

Rangkap 2
Masa yang diambil untuk membina istana yang lengkap selama 7 bulan. Istana itu mengandungi sembilan bilik, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong dan 12 anjung tinggi.

Rangkap 3
Tiga ruang di istana yang unik dan menarik dikhaskankepada lapan orang menteri.

Rangkap 4
Hiasan dalaman istana bermotifkan unsur-unsur alam. Corak ukiran amat indah dan halus seninya.

Rangkap 5
Setelah istana itu siap  tukangnya dibunuh agar tiada orang yang boleh meniru seni bina istana tersebut. Lalu istana itu pundipersembahkan kepada raja dan permaisurinya

TEMA
Sindiran terhadap golongan raja yang mengutamakan kepentingan sendiri  untuk kemahsyuran peribadi sehingga sanggup mengorbankan nyawa orang lain.

Contohnya: 
(R1)    Pawang mengerah orang bekerja.
             Empat puluh empat tukang dan utas.
            Siang malam tidak berhenti.
(R5)    Istana siap tukang pun mati.,
            Tiada orang dapat meniru:

PERSOALAN

1.    Persoalanseni bina istana masyarakat melayu tradisional.

(R3)    Galang-galangnya ular berang.
            Kasau kecil puteri menyembah.
            Kasau lentik helang berbega.

2.    Persoalangolongan raja yang mementingkan diri sendiri.

(R5)    Istana siap tukang pun mat.,
             Tiada orang dapat meniru:

3.    Persoalankehalusan seni ukiran melayu tradisional

(R4)    Lilit-melilit akar Cina:
            Garam sebuku sisa jeragan.
            Bunga kenanga dimakan ular.
            Layang-layang di pintu Raja.






GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP

TEMA

Nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Gurindam ini menekankan penghayatan yang perlu ada dalam diri setiap insan/seseorang

MAKSUD

Rangkap 1
Orang yang kurang berfikir dan belajar hidupnya akan tersasar/mengakibatkan mereka salah langkah.

Rangkap 2
Sesiapa yang bercakap kurang sopan dan biadap akan mengalami bencana.

Rangkap 3
Sesiapa yang suka bergaduh sesama sendiri hidupnya akan diselubungi kesedihan.

Rangkap 4
Sekiranya mempelajari ilmu separuh jalan/ tidak selesai tidak akan berguna dalam kehidupan

Rangkap 5
Ilmu pengetahuan boleh diperolehi sekiranya belajar dengan tekun.

Rangkap 6
Dunia merupakan tempat untuk bergaul dan berinteraksi serta mencari  rakan yang sesuai.

Rangkap 7
Sesiapa yang melakukan kebaikan namanya akan disanjung sepanjang zaman.

Rangkap 8
Orang yang menganiayai orang  lain akan dimurkai oleh Tuhan.

PERSOALAN

1.    Persoalan berfikiran baik dalam kehidupan.
Contoh : ( R1)           Kurang fikir kurang siasat
Tentu dirimu kelak sesat

2.    Menjaga percakapan sesama insan.
Contoh ; (R2)             Kalau mulut tajam dan kasar
Boleh ditimpa bahaya besar

3.    Persoalan memilih rakan baik dalam pergaulan.
Contoh (R6)             Dunia ini taman pergaulan
 Hendaklah pilih sahabat dan taulan

4.    Persoalan berbudi dan berjasa dengan ikhlas sesama manusia.
 Contoh : (R7)           Barang siapa berbuat jasa
Mulia namanya segenap masa

5.    Persoalan tentang setiap perbuatan akan ada balasan.
Contoh : (R8)            Barang siapa berbuat khianat
                                    Tuhan kelak memberi laknat.


Bab 1 - 5 Novel Bima Sakti Menari

Bab 1 - 5 Novel Bima Sakti Menari

Sila isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berdasarkan sinopsis novel Bima Sakti Menari.



Bab 1

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, _______hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj ____ atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut  yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap _____. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di _________. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa Tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak ____ dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.



Bab 2

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan _____ yang hadir sebagai pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad _____. Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian ______ menyebabkan mereka tidak _____ untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah ______ Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.



Bab 3

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat ______ di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, _________. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu __________ dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat ________. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang ______. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa ________ perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran ___________ dengan senyap.



Bab 4

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir. ________ solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan _______________ sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh __________ untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit ______ dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak _______dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira  apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.



Bab 5


Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas _______ kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada ________ isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah _______. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan ________ dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung __________ mereka berdua.

Wednesday, February 17, 2016


CAKAP AJUK CAKAP PINDAH


Tukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
Latihan 1
“Bila kamu balik?” Tanya Shahril kepada Naim. “Baru semalam saya sampai,” jawab Naim.”Macam mana bekerja dalam kapal, seronok?” Tanya Shahril lagi kepada Naim. “Biasalah sentiasa berada di lautan, sekali sekali naik ke daratan apabila kapal singgah di mana-mana pelabuhan”, jawab Naim. “Tentu dapat tengok banyak negara orang walaupun singgah di pelabuhan,” tambah Shahril. “Betullah tetapi masa bekerja, tak dapatlah berjalan sangat,” jawab Naim.”baiklah, nanti datanglah rumah saya, boleh kita cerita panjang,” pelawa Shahril.”Insya-Allah nanti saya datang,” balas Naim.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Latihan 2
Rainul: Kamu ada Nampak jam tangan saya?
Talib: malam tadi saya Nampak kat atas meja kamu
Rainul: Ya lah, saya yang letak di situ, tapi sekarang dah hilang pulak.
Talib: Ada ke orang lain yang masuk nilik kita?
Rainul: Kitakan kunci bilik setiap kali kita masuk dan keluar.
Talib: Pelik juga. Jom kita lapor kepada warden blok kita.
Rainul: Baiklah, jika kita diam, nanti semakin berleluasa pula kes mencuri asrama kita ni.
Talib: Betul, saya setuju.yang besar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.


Lingam telah menjual semua tanah peninggalan keluarganya untuk membuat pelaburan dalam sebuah syarikat hartanah kerana dia diberitahu oleh rakannya syarikat itu akan mendapat banyak projek yang besar. Dia beranggapan bahawa jika dia melabur dia juga akan mendapat untung. Beberapa orang anggota keluarganya menasihatinya agar tidak menjual kesemua tanahnya tetapi nasihat mereka tidak dipedulikan. Dia tetap berdegil dengan keputusannya. Rupa-rupanya syarikat itu tidak wujud dan dia ditipu oleh rakanya sendiri yang sehingga kini tidak dapat dikesan oleh pihak polis. Kini dia menyesal segala yang telah berlaku tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Hidupnya kembali susah dan mengharap belas ihsan anggota keluarganya