CAKAP AJUK CAKAP PINDAH
Tukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
Latihan 1
“Bila kamu balik?” Tanya Shahril kepada Naim. “Baru semalam
saya sampai,” jawab Naim.”Macam mana bekerja dalam kapal, seronok?” Tanya
Shahril lagi kepada Naim. “Biasalah sentiasa berada di lautan, sekali sekali
naik ke daratan apabila kapal singgah di mana-mana pelabuhan”, jawab Naim.
“Tentu dapat tengok banyak negara orang walaupun singgah di pelabuhan,” tambah
Shahril. “Betullah tetapi masa bekerja, tak dapatlah berjalan sangat,” jawab
Naim.”baiklah, nanti datanglah rumah saya, boleh kita cerita panjang,” pelawa
Shahril.”Insya-Allah nanti saya datang,” balas Naim.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Latihan 2
Rainul: Kamu ada Nampak jam tangan saya?
Talib: malam tadi saya Nampak kat atas meja kamu
Rainul: Ya lah, saya yang letak di situ, tapi sekarang dah
hilang pulak.
Talib: Ada ke orang lain yang masuk nilik kita?
Rainul: Kitakan kunci bilik setiap kali kita masuk dan
keluar.
Talib: Pelik juga. Jom kita lapor kepada warden blok kita.
Rainul: Baiklah, jika kita diam, nanti semakin berleluasa
pula kes mencuri asrama kita ni.
Talib: Betul, saya setuju.yang besar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Lingam telah menjual semua tanah peninggalan keluarganya
untuk membuat pelaburan dalam sebuah syarikat hartanah kerana dia diberitahu
oleh rakannya syarikat itu akan mendapat banyak projek yang besar. Dia
beranggapan bahawa jika dia melabur dia juga akan mendapat untung. Beberapa
orang anggota keluarganya menasihatinya agar tidak menjual kesemua tanahnya
tetapi nasihat mereka tidak dipedulikan. Dia tetap berdegil dengan
keputusannya. Rupa-rupanya syarikat itu tidak wujud dan dia ditipu oleh rakanya
sendiri yang sehingga kini tidak dapat dikesan oleh pihak polis. Kini dia
menyesal segala yang telah berlaku tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa.
Hidupnya kembali susah dan mengharap belas ihsan anggota keluarganya
No comments:
Post a Comment