PUISI TRADISIONAL TINGKATAN 5 TAHUN 2016
(SUMBANGAN
BPK)
MAKSUD
Rangkap 1
Raja memerintah
empatorang pembesar dan pawang raja membina istana yang tersergam indah.
Seramai 44 orang tukang yang mahir dipaksa bekerja tanpa henti siang dan malam.
Rangkap 2
Masa yang diambil
untuk membina istana yang lengkap selama 7 bulan. Istana itu mengandungi
sembilan bilik, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong dan 12 anjung
tinggi.
Rangkap 3
Tiga ruang di
istana yang unik dan menarik dikhaskankepada lapan orang menteri.
Rangkap 4
Hiasan dalaman
istana bermotifkan unsur-unsur alam. Corak ukiran amat indah dan halus seninya.
Rangkap 5
Setelah istana
itu siap tukangnya dibunuh agar tiada orang yang boleh meniru seni bina
istana tersebut. Lalu istana itu pundipersembahkan kepada raja dan
permaisurinya
TEMA
Sindiran terhadap
golongan raja yang mengutamakan kepentingan sendiri untuk kemahsyuran
peribadi sehingga sanggup mengorbankan nyawa orang lain.
Contohnya:
(R1) Pawang
mengerah orang bekerja.
Empat puluh empat tukang dan utas.
Siang malam tidak berhenti.
(R5)
Istana siap tukang pun mati.,
Tiada orang dapat meniru:
PERSOALAN
1. Persoalanseni
bina istana masyarakat melayu tradisional.
(R3) Galang-galangnya
ular berang.
Kasau kecil puteri menyembah.
Kasau lentik helang berbega.
2. Persoalangolongan
raja yang mementingkan diri sendiri.
(R5) Istana
siap tukang pun mat.,
Tiada orang dapat meniru:
3. Persoalankehalusan
seni ukiran melayu tradisional
(R4) Lilit-melilit
akar Cina:
Garam sebuku sisa jeragan.
Bunga kenanga dimakan ular.
Layang-layang di pintu Raja.
GURINDAM
BEBERAPA PETUA HIDUP
TEMA
Nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian. Gurindam ini menekankan penghayatan yang perlu ada
dalam diri setiap insan/seseorang
MAKSUD
Rangkap 1
Orang yang kurang
berfikir dan belajar hidupnya akan tersasar/mengakibatkan mereka salah langkah.
Rangkap 2
Sesiapa yang
bercakap kurang sopan dan biadap akan mengalami bencana.
Rangkap 3
Sesiapa yang suka
bergaduh sesama sendiri hidupnya akan diselubungi kesedihan.
Rangkap 4
Sekiranya
mempelajari ilmu separuh jalan/ tidak selesai tidak akan berguna dalam
kehidupan
Rangkap 5
Ilmu pengetahuan
boleh diperolehi sekiranya belajar dengan tekun.
Rangkap 6
Dunia merupakan
tempat untuk bergaul dan berinteraksi serta mencari rakan yang sesuai.
Rangkap 7
Sesiapa yang
melakukan kebaikan namanya akan disanjung sepanjang zaman.
Rangkap 8
Orang yang
menganiayai orang lain akan dimurkai oleh Tuhan.
PERSOALAN
1. Persoalan
berfikiran baik dalam kehidupan.
Contoh : ( R1)
Kurang fikir
kurang siasat
Tentu dirimu
kelak sesat
2. Menjaga
percakapan sesama insan.
Contoh ; (R2)
Kalau
mulut tajam dan kasar
Boleh ditimpa
bahaya besar
3. Persoalan
memilih rakan baik dalam pergaulan.
Contoh (R6)
Dunia ini taman pergaulan
Hendaklah
pilih sahabat dan taulan
4. Persoalan
berbudi dan berjasa dengan ikhlas sesama manusia.
Contoh :
(R7) Barang
siapa berbuat jasa
Mulia namanya
segenap masa
5. Persoalan
tentang setiap perbuatan akan ada balasan.
Contoh :
(R8) Barang
siapa berbuat khianat
Tuhan kelak
memberi laknat.
No comments:
Post a Comment