TIP
KARANGAN CEMERLANG
Secara ringkasnya, ciri-ciri karangan cemerlang ialah:
- karangan yang menepati kehendak
soalan/tajuk
- mempunyai ketepatan isi
- hujah yang bernas
- contoh menyokong isi yang relevan
- penguasaan tatabahasa
termasuk tanda baca
- Kemahiran menggunakan penanda
wacana
- Ayat pelbagai ragam dan rencam
- Penguasaan kosa kata yang luas
- Penguasaan olahan ayat yang
istimewa
- Kemahiran pemerengganan
- Penutup karangan yang menarik
- Olahan isi berdasarkan formula
Merancang Susunan Isi
1.
Karangan yang baik perlu dirancang mengikut kepentingan isi. Isi yang
pertama perlu diutamakan terlebih dahulu. Penyesusunannya mestilah menampakkan
pertalian antara satu isi dengan isi yang lain.
2.
Untuk menjadikan karangan lebih lancar, pemerengganan dalam isi karangan
hendaklah ditulis dalam perenggan-perenggan yang tertentu dan khusus.
3.
Idea disampaikan dalam gaya bahasa yang menarik.
4.
jangan menggunakan ayat-ayat yang berbelit-belit (berulang-ulang) ketika
membuat penghuraian isi karangan.
5.
Bina ayat yang pendek tetapi padat.
Menulis Kesimpulan atau Penutup
1. bahagian ini merupakan bahagian yang penting kerana bahagian ini dikatakan
menjadi penutup, penyudah bicara atau sentuhan terakhir dalam penulisan
karangan.
2.Calon perlu membuat penegasan pendirian dalam keadaan yang tegas dan
padat
3.Penutup jarangan baik ialah kesimpulan yang menjelaskan maksud
keseluruhan karangan dan pendirian penulis. Pendirian perlu dijelaskan dengan
unsure-unsur positif, logik dan berkesan.
No comments:
Post a Comment