SINOPSIS
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang
terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah.
Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya
menerima pelawaan mentornya,
Doktor
Uwang
agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai
Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan
tersebut, fikiran Raiha sering
terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung
wang bagi
mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di
pusat rawatan itu. Anehnya,
yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi
yang serupa. Kian terganggu
Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada
pesakit. Dari mata kasar, memang
tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu
ada sesuatu yang tidak kena pada
X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah
tertekan.
Di samping
itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan dia
pada kisah silamnya yang amat
mengerikan dan menyayat
hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan
juga
perjuangan
dalam
bidang
perubatan.
Apabila dia cuba
meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang.
Padahal sebelum
itu,
Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang
unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi
ortopedik, di
institusi tinggi tempatan
dahulu.
Selang
beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah
beberapa kali membantu Doktor Uwang
dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu
ke ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya. Malah,
hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin
tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain
daripada sebagai
mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila
bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang
menghadapi komplikasi berulang-
kali, pandangannya
terhadap doktor itu mula berubah.
Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya.
Dan peristiwa
aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di
jalan
yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya,
sebagai seorang doktor yang profesional,
Raiha tentang menjalankan
operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan
yang dibeli khas oleh doktor itu
sendiri. Peralatan
yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.
TEMA
Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam
hidupnya.
· Tabah
menghadapi kematian anak peremuannya
o Raiha tabah menghadapi
kematian anak perempuannya. Anak perempuan
tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom
lebih iaitu ‘down
sinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam
kandungan, suaminya
meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu
melahirkan
anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya.
Selain diminta
agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak
istimewa seperti
Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara
sendiri
dan
menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan
Doktor
Sadiz
berada
kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia.
Kedegilan Raiha
menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah
yang dibawa
oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak
istimewa itu berada di
tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta
yang sedang marak
itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan
jiwa Raiha yang
tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja
membakar anaknya
itu.
PERSOALAN
· Persoalan
tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat. Sikap lebih
mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak
Doktor Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan
berkemampuan mendapatkan
rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan
tunggalnya duduk di
sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk
tidak menggangu rutin dan
statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil
keterlanjurannya sedangkan dia memang
tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.
· Persoalan
tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga.
Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun
sudah
berumah tangga
menggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong.
Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap
mengunjungi kelab-kelab malam dan
minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya
berakhir ke ranjang. Namun
sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak
sah’ menjadikan dia seorang
yang pemilih.
· Persoalan
tentang
tanggungjawab
yang
harus
dipikul.Raiha
bersetuju
untuk
melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa
bahawa Dokor Uwanglah
yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga
berasa bahawa menjadi
tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang
yang cedera akibat
kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan
Pantai
Kasih.
Dia
terpanggil
untuk
melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.
· Persoalan
tentang sikap berani mengaku kesalahan. Felecia mengaku kesalahannya
Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah
dengan emak Unong yang
menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui
kesalahannya itu
dihadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu
kejadian sebenar peristiwa yang
meragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana
merahsiakannya kerana
takut.
· Persoalan
tentang reda dengan ketentuan tuhan. Walaupun Raiha sudah mengetahui
punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas
suaminya Doktor Sadiz yang
membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di
situ namun Raiha reda
dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku
sebagai ketentuan tuhan
dan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah
sesiapa
termasuk
Felicia
sebaliknya reda
menerima berita tersebut.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Raiha
· Seorang
doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih
(PRPK) yang baharu berkhidmat selama
6 bulan
· Doktor
pakar bedah
· Anak
kepada doktor pakar bedah
· Pernah
berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau
merupakah Pakar
Perunding Pembedahan.
· Ibunya
meninggal dunia sewaktu melahirkannya
· Seorang
yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian
· Seorang
yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri
sendiri.
· Sentiasa
terkenang
peristiwa
malang yang mengikabatkan
kematian
anak
kesayangannya.
· Mempunyai
prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.
· Pernah
membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa
· Neneknya
berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang
mereka berasal daripada Nunuk Ragang.
Watak Sampingan
Doktor Uwang
· Doktor
Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
· Pernah
menjadi guru demonstrator dalam bidang
surgery
· Guru
yang pernah mengajar raiha unsur-unsur
· Doktor
yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
· Pernah
berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
· Berwajah
kacak dan segak
· Berusia
pertengahan empat puluhan
· Bertubuh
sederhana
· Dikenali
sebagai ahli bongkar pasang
· Badannya
tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.
· Wajahnya
memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh
Unong Siron
· Bekas
Pesakit Doktor Uwang
· Berasal
dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untuk
bertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan
operasi di PRPK.
· Kurus
cengkung dan pucat
· Gadis
remaja yang lincah suatu masa dahulu
· Mempunyai
masa depan yang cerah
· Baharu
sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
· Dijangkakan
melanjutkan pelajaran pengajian luar Negara
Doktor Sadiz
· Adik
kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
· Duda
beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
· Pakar
Perunding Pembedahan
· Pakar
Bedah Otak
· Lelaki
angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
· Mati
akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari
Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
· Orang
yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana isterinya
Raiha membawa lari anak perempuan
dan
kereta
mewahnya,
tanpa
disedari
anak
perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu
disambar oleh minyak petrol dan
rentung.
· Orang
yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah diketahui
kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.
Ayah Raiha
· Doktor
Pakar Bedah di hospital kerajaan
· Seorang
yang optimistic
· Seorang
yang
tegas
terhadap
anak-anaknya
termasuk
keputusan
Raiha
mengahwini
Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih
tua daripadanya.
· Sudah
meninggal dunia
· Mempunyai
tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
· Anak-anak
lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
· Tidak
menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai,
tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka
masa panjang.
· Isterinya
yang terdahulu adalah seorang jururawat.
Sister Felicia Landosi
· Jururawat
kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
· Pernah
bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor
Sadiz
· Anak
luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
· Menyimpan
rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan.
Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api
yang sedang marak
akibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
· Berkonflik
dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan
berkhidmat di hospital yang sama.
· Sakit
hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan teradap ibu Unong
Siron yang menuduhnya
sebagai punca anaknya
terus-terusan membuat rawatan
walaupun sudah lima kali menjalani pembedahan
Sister Felicia Landosi
· Jururawat
kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
· Pernah
bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor
Sadiz
· Anak
luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
· Menyimpan
rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan.
Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api
yang sedang marak
akibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
· Berkonflik
dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan
berkhidmat di hospital yang sama.
· Sakit
hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan teradap ibu Unong
Siron yang menuduhnya
sebagai punca anaknya
terus-terusan membuat rawatan
walaupun sudah lima kali menjalani pembedahan.
LATAR
Latar Tempat
1. Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang
o Tempat Rahia bertugas sebagai pakar bedah.
o Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang
pinggulnya selama
enam kali pembedahan
o Tempat Doktor Uwang mengalami
kekejangan otot kaki dan kemalangan
sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
o Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan
sederhana atau menengah
bawah mendapatkan rawatan.
o Tempat Sister Felicia bekerja
dan
ditahan
oleh
penceroboh
yang
menyamar
sebagai doktor.
1. Apartment Raiha
o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian
anaknya dan dibiarkan
hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
o Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian
bertugas di Pusat Rawatan
Pantai Kasih
o Tempat Raiha memendam
rasa dan menyendiri
serta
merasai kesukaran
menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.
1. Rumah Tumpangan
o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa
anaknya keluar
dari rumah agam milik Doktor Sadiz
o Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan
Doktor Sadiz rentung
akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan
anak perempuan
mereka berada di situ pada waktu itu.
1. Rumah Doktor Uwang
o Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya
o Tempat berlangsungnya
sambutan ketibaan
tahun baru, sehingga memaksa
Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz
pulang.
o Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan
TV.
o Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga Doktor
Sadiz selepas peristiwa
kematian anak perempuan mereka akibat rentung.
1. Wad Super VVIP
o Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat
Rawatan Pantai Kasih
o Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang
o Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin
o Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan
itu.
1. Daerah Inanam
o Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah
rendah
o Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam
ini
1. Hospital Kinabalu
o Tempat Raiha baharu bertugas di situ.
o Sempat bertugas beberapa tahun di situ
o Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat
1. Malam Hari
o Kemalangan Doktor Uwang
§ Doktor
Uwang
menerima
panggilan
paslu
yang
menyatakan
bahawa
berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
§ Sewaktu
membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan
pergelangan tangannya juga kebas menyebabkan
dia terbabas dan
melanggar tembok di pusat rawatan tersebut.
§ Kemalangan
tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan
ke atas Doktor Uwang menggunakan kelengkapan
hospital
milik
keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat pembedahan
terhadap
pesakit gologan menengah dan sederhana.
· Pencerobohan
Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih
dan telah menahan
Sister Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat
rawatan tersebut.
o Lelaki tersebut
akhirnya telah dapat dikawal
apabila emak Unong Siron
membantu secara psikologi yang menyatakan
bahawa
anaknya
Unong
memerlukan bantuannya sebagai
doktor.
Walau
bagaimanapun
Unong
sudah
dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital
tersebut. Degan helah
tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.
· Kemalangan
yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz
o Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz
rentung selepas dia
disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah milik
Doktor Sadiz.
o Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar
pulang
oleh
Doktor
Uwang
ke
rumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah
didapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari.
Doktor Sadiz dengan
rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia
menyimbah minyak
petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah
dengan tindakan
Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ pada
waktu itu dan
disambar api yang sedang marah membakar kereta mewahnya
itu
sehingga
meragut nyata anak perempuannnya itu.
· Kunjungan
Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila
mendapat panggilan
kecemasan. Walau bagaimanapun sebenarnya
itu
hanyalah
panggilan
palsu.
Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong
yang baharu
sahaja dibedah buat kali keenam dan melihat keadaannya pada
waktu.
o Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan
sehingga
menyebabkan Raiha membuat keputusan
untuk
melakukan
pembedahan
ke
atasnya.
1. Waktu Senja
o Pembedahan keenam
§ Pembedahan
keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung
pada waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan
oleh Raiha
selepas diminta oleh Doktor
Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil
alih
pembedahan
tersebut
dengan
penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan
tersebut
adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.
Latar Masyarakat
1. Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan
o Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda
selepas mengambil
alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada
ayahnya
Datu
Untong. Dia tidak
menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di
pusat rawatannya
itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan
meletakkan harga
yang dirasakan munasabah untuknya.
1. Latar masyarakat yang takut berterus terang
o Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha
tentang kemalangan
yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha
kerana takut. Felcia
tahu bahawa Doktor Sadiz yang
menyiram
minyak
petrol
ke
kereta
mewah
Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap
Raiha.
1. Latar masyarakat yang ego
o Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak
perempuan mereka. Daktor
Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas
kematian tersebut
sedangkan kemalangan tersebut
adalah
disebabkan
sifat
marahnya
yang
membakar kereta mewah miliknya sendiri
dengan
menyiram
minyak
petrol
sehingga menyebabkan anak perempuan
mereka
yang
kebetulan
ada
disitu
disambar api tersebut.
1. Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi
o Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih
berdegil untuk belajar
sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut
ayahnya, jawatan
tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita, namun
berkat usaha dan
matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu menjadi
pakar pembedahan yang
ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
1. Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan
o Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan
anaknya walaupun
anakanya itu terpaksa menjalani
pembedahan
sebanyak
lima
kali
sedangkan
mereka adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah
sahaja.
1. Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas
o Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan
anak luar nikah hasil
pergaulan bebas sewaktu mudanya.
o Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan
kelainan upaya
sehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya
itu di asrama.
1. Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya
o Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya.
Kejayaannya bermula
apabila ayahnya Datu Untong
menyerahkan Pusat Rawatan
Pantai Kasih
kepadanya.
o Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang
sehinggakan Pusat
Rawatan Pantai Kasih dahulunya terdiri
daripada
tiga
orang
doktor
tetapi
sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat
dan staf yang
terlatih.
GAYA BAHASA
1. Peribahasa
o Similie
§ Berotot-otot
sasa bak pahlawan dalam dongengan silam,
1. Penggunaan Diksi
o Kata-kata istilah sains perubatan § Kata istilah
sains
perubatan
banyak
digunakan
oleh
penulis.
Penulis
menggunakan ilmu bantu bagi memberikan gambaran yang jelas
tentang
bidang perubatan.
Antaranya
§ X-Ray,
Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP, diagnostic,
roentgen, CT-Scanning,
ultra
sonotopografi
(SUG),
mamografi,
angiografi, hemodialisis
· Perkataan
masyarakat setempat
o Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak
mempengaruhi penulis
menggunakan istilah daerah atau tempatan. Antaranya
§ Kenyerian,
menggelepar, merambah, membongkol
NILAI
1. Nilai Kerajinan
o Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia
yang asalnya belajar di
kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya
itu dia Berjaya
belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital
Kinabalu.
o Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha
yang rajin belajar daripada
mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat
pengajian tinggi dan
sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya
itu termasuk
membuat demonstrasi.
2. Nilai Ketekunan
Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha
yang tekun belajar
sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya.
Walaupun cita-
citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan
seorang pakar bedah,
namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah
menjadikan dia
seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan
Pantai Kasih.
3. Nilai Keberanian
o Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan
atas
kematian
anak
perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya
itu tidak disenangi
oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan
menjejaskan nama
baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh
keluarganya sendiri kerana
mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia
tidak muncul
untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam
kes tersebut.
4. Nilai Bertanggungjawab
o Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas
Unong Siron
sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini
demikian kerana
Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan
masa
menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang.
Tidak sepatutnya
gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama
dan atas sakit
yang sama sehingga lima kali.
5. Nilai Keprihatinan
o Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron.
Baginya pembedahan
sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi
doktor yang melakukan
pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang bukan calang-calang.
Rasa
prihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan keenam
pada senja tadi
merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah
penderitaan dan kesakitan
yang dialami oleh Unong selama ini.
6. Nilai Ketabahan
o Raiha tabah menghadapi bangkangan
ayahnya
terhadap
cita-citanya
hendak
menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak
meneruskan niat untuk
menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan
bahawa
tugas
sebagai
seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki
sahaja yang tahan
dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu
dibangkang oleh
Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang
pakar bedah
yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah
hospital kerajaan
akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan
menerima pelawaan
untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.
o Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya
menjadi
seorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak
direstui tetapi dengan
matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya
dikecapi.
2. Kita hendaklah menghormati hak orang lain
o Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron
berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat
Rawatan Pantai
Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan
jalan raya anaknya
itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan.
Pusat Rawatan Pantai
Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang
dilakukan
o Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia
seharusnya bertanggungjawab
sepenuhnya
terhadap apa-apa tindakan
yang diambil. Doktor
Sadiz tidak
bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak
perempuannya. Dia
merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha
atas peristiwa
hitam itu.
4. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.
o Kesukaran yang dihadapi oleh golongan
pertengahan
terutama melunaskan
bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian.
Bukan semua orang
mampu untuk membayar sejumlah
wang
apatah
lagi
telah
dijanjikan
untuk
menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan
tidak lokek untuk
membelanjaan wang insurans anaknya demi melihat anaknya
kembali lincah dan
sihat seperti anak orang lain.
5. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan
yang lebih cerah.
o Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa
hadapan. Raiha tekun
belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah
seperti ayahnya juga.
Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat
hidup dan belajar
dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah
tercapai juga.
6. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.
o Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup.
Walaupun ditentang oleh
ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dia
menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha
juga dimarahi oleh
Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang
dikandungnya
sering menjadi bahan melampias
kemarahan
Doktor
Sadiz.
Kematian
anak
perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar
kepada Raiha,
namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat
cemuhan dan
tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz